SITUASI perumahan mampu milik di Malaysia pada 2025 boleh dirumuskan dengan beberapa statistik utama. Pada suku pertama 2025 sahaja, sebanyak 12,498 unit kediaman baharu dilancarkan, dengan lebih 65 peratus berharga di bawah RM500,000. Daripada jumlah ini, 22.5 peratus bernilai bawah RM300,000, manakala 42.8 peratus berada dalam lingkungan RM300,001 hingga RM500,000. Johor mendahului dengan 3,194 unit, diikuti Selangor (2,129) dan Negeri Sembilan (1,838). Ini jelas menunjukkan penawaran rumah mampu milik lebih…










