SABAN tahun, ada sahaja pelajar baharu yang menjadi mangsa sama ada melalui ejekan, hukuman tidak munasabah, atau penderaan emosi yang meninggalkan kesan jangka panjang. Sebahagian besar insiden ini berlaku ketika program orientasi pelajar baharu, sama ada di sekolah berasrama, mahupun institut pengajian tinggi (IPT). Program orientasi, yang sepatutnya menjadi pintu masuk mesra untuk membantu pelajar menyesuaikan diri, bertukar menjadi pengalaman ngeri bagi pelajar yang sedang melangkah ke fasa kehidupan baharu.…