SAYA menyokong penuh langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menangani isu buli para pelajar di sekolah-sekolah di negara ini. Sememangnya isu buli tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja melibatkan tekanan emosi dan mental mereka yang menjadi mangsa, malah hingga boleh membawa maut. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini memberitahu, KPM sedang menggubal semula peraturan pendidikan berkaitan disiplin murid di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi mengekang isu buli…