DALAM organisasi, wujud beberapa isu yang menjadi penghalang kepada pembangunan mampan. Pertama, rasa kecewa apabila melihat kejayaan orang lain. Perasaan hasad dan iri hati hanya membawa penderitaan, malah boleh mencetus konflik dalaman. Kejayaan organisasi tidak akan bertahan jika dibina atas kebencian, permusuhan atau saling menjatuhkan. Kedua, kelemahan dalam pengurusan bakat. Ramai pekerja berbakat meninggalkan organisasi kerana kemahiran dan keupayaan mereka tidak dihargai. Pekerja sebegini tidak hanya mengutamakan gaji, sebaliknya mencari…