GEOGRAFI adalah salah satu mata pelajaran yang pada asalnya berperanan penting dalam membentuk kefahaman tentang hubungan manusia dengan alam sekitar. Malangnya, apabila mata pelajaran geografi tidak dijadikan subjek teras dalam pendidikan menengah atas, peranan pentingnya seolah-olah dipinggirkan. Implikasinya amat besar. Murid pada hari ini terlepas peluang besar terhadap pendedahan tentang isu alam sekitar, bencana alam dan perubahan iklim yang semakin mendesak pada abad ini. Tanpa kesedaran mendalam melalui pendidikan formal,…










