KECENDERUNGAN ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama seperti sekolah tahfiz, sekolah pondok atau sekolah rendah agama pada masa ini dipuji ramai. Ini kerana, anak-anak yang mendapat pendidikan agama akan mempunyai jati diri, keperibadian serta sahsiah yang terpuji dalam kehidupan seharian berlandaskan ajaran Islam sepenuhnya. Menurut Pengetua Maahad Tahfiz Tarbiah Al Ummah, Manolito Dahlan yang juga Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Malaysia (Permata), mereka memilih sekolah agama kerana ingin seimbangkan…