DI tengah gegaran muzik keras dan vokal parah yang menusuk jiwa, Daighila muncul sebagai antara band hardcore punk bawah tanah paling berpengaruh di Malaysia dan Asia. Ditubuhkan sekitar awal 2000-an di Rembau, Negeri Sembilan, Daighila bukan sekadar band tetapi simbol gerakan yang menolak hegemoni budaya arus perdana dan menjulang suara rakyat marhaen. Daighila berdiri atas prinsip antikapitalisme, kesedaran kelas dan kebebasan ekspresi. Mereka merakam muzik sendiri, mengurus jualan dan menjelajah…