MALAYSIA menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-68 dengan penuh rasa syukur dan semangat patriotisme. Sejak laungan “Merdeka” oleh Tunku Abdul Rahman pada 1957, negara ini melalui pelbagai fasa pembangunan, cabaran, serta perubahan sosial dan politik. Namun, di sebalik semua itu, satu perkara kekal menjadi tunjang kekuatan Malaysia iaitu keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyatnya. Bagi rakyat Malaysia, keamanan adalah nikmat yang kadangkala tidak disedari nilainya. Kehidupan seharian dapat dijalani tanpa rasa…