BARU-BARU ini beberapa siri gempa bumi berlaku di sekitar Segamat, Yong Peng dan Batu Pahat, Johor. Tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan struktur dan semuanya dikategorikan sebagai gempa bumi lemah. Oleh kerana tiada kematian dan keruntuhan bangunan, pihak berkuasa meminta orang ramai agar tidak panik. Adakah perlu menunggu kematian, bangunan runtuh dan rumah ranap baru nak ambil tindakan? Apa pelan tindakan pihak berkuasa jika berlaku gempa bumi tanpa mengira tahap kekuatannya?…