DALAM tempoh yang singkat baru-baru ini, dua insiden buli yang tular telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat termasuk kematian tragis seorang pelajar perempuan yang ditemui koma di asrama sekolah, serta satu lagi kes melibatkan pelajar senior yang membuli secara fizikal. Ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat, malah menyaksikan kecederaan serius dan trauma yang tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pendidikan negara. Justeru itu, pendekatan menyeluruh dan sistematik perlu segera diambil…