Syarikat berkaitan kerajaan patut bangunkan tanah milik persendirian

Syarikat berkaitan kerajaan patut bangunkan tanah milik persendirian

KAMPUNG Penak, Mentakab memiliki keluasan dianggarkan melebihi 500 ekar, namun hanya didiami kurang daripada 400 orang penduduk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELUASAN Pahang mencecah 3.5 juta hektar, sememangnya kaya dengan sumber tanah yang luas. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 1.6 juta hektar diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK).

Pun begitu masih terdapat banyak tanah terbiar yang tidak dimajukan walaupun pembangunan taman perumahan di Temerloh agak rancak.

Kampung Penak, Mentakab memiliki keluasan dianggarkan melebihi 500 ekar, namun hanya didiami kurang daripada 400 orang penduduk. Lebih menarik, kampung ini turut terletak dalam radius 15 kilometer (km) dari Stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)Temerloh/Mentakab yang sedang dalam pembinaan. Lokasi ini dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Pahang sebagai kawasan yang bakal menerima limpahan pembangunan daripada projek ECRL tersebut.

Seluruh tanah di Kampung Penak di warta sebagai Zon Pembangunan Bercampur di bawah Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Majlis Perbandaran Temerloh 2024-2035. Maka sesuai juga jika agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adakan usahasama untuk memajukan tanah-tanah di Kampung Penak berdasarkan konsep menang-menang dengan mana-mana pemilik tanah yang berminat bagi tujuan pembangunan.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN