SATU aspek yang masih ketinggalan dalam sistem perkhidmatan penerbangan tambang rendah ialah pilihan perlindungan perjalanan berasaskan takaful. Satu-satunya pelan perlindungan yang ditawarkan ialah insurans konvensional. Insurans konvensional sering dikaitkan dengan unsur riba (faedah berasaskan masa dan wang), gharar (ketidaktentuan) dan maisir (perjudian), yang semuanya telah difatwakan sebagai tidak patuh syariah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan badan-badan autoriti Islam di peringkat antarabangsa. Maka, mengambil perlindungan berbentuk insurans konvensional bagi seorang…