TANGGAL 11 Julai lalu, dunia memperingati ulang tahun ke-30 tragedi berdarah yang meninggalkan parut kekal dalam sejarah kemanusiaan, iaitu tragedi Srebrenica. Peristiwa hitam yang tercatat sebagai genosid, iaitu pembunuhan beramai-ramai paling kejam di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. Tiga dekad berlalu, lukanya masih berdarah. Meskipun Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY) mengklasifikasikan sebagai genosid dan menjatuhkan hukuman kepada beberapa tokoh utama, namun ahli keluarga mangsa masih belum menemui jenazah…