BERMULA 1 Julai lalu, perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bukan sekadar isu kenaikan harga barang tetapi perubahan besar terhadap cara rakyat merancang kewangan harian, memahami tanggungjawab fiskal dan membentuk budaya ekonomi yang lebih matang. SST kini perlu dilihat bukan semata-mata sebagai beban kewangan tetapi peluang memperkukuh disiplin berbelanja dan membina asas ekonomi yang lebih lestari. Sebagai warganegara dalam sistem demokrasi moden, rakyat berhak mengetahui ke mana perginya hasil cukai…