Skuad Tok Gajah patut terussertai liga

Skuad Tok Gajah patut terus sertai liga

PIHAK sewajarnya patut memikirkan kaedah untuk menarik lebih ramai peminat dan penyokong Sri Pahang FC menonton setiap kali perlawanan di tempat sendiri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AGAK terharu juga apabila akhirnya Sri Pahang FC atau Skuad Tok Gajah menarik diri dari menyertai Liga Super untuk musim hadapan. Alasannya seperti yang dijelaskan dalam siaran akhbar mengatakan kelab itu menghadapai masalah kewangan untuk menguruskan pasukan. Di khabarkan pada ketika ini juga Sri Pahang FC masih menanggung hutang termasuk bayaran elaun dan gaji pemain.

Saya berpandangan beberapa perkara perlu difikirkan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan kelab ini. Antaranya:
– Kelab Sri Pahang FC patut memiliki eset tetap berupa pelaburan seperti ladang sawit. Jika ada maka, diperbesarkan keluasan pemilikan tanah dan pastikan ia diurus dengan cekap bagi mempelbagaikan hasil.
– Perlu memikirkan kaedah untuk menarik lebih ramai peminat dan penyokong menonton setiap kali perlawanan di tempat sendiri. Stadium Majlis Perbandaran Temerloh juga perlu dinaik taraf dengan menambah tempat duduk supaya dapat menampung 20,000 penonton.
– Adakan cabutan bertuah pada setiap perlawanan bagi menarik minat penonton membeli tiket dengan tawaran hadiah menarik bernilai munasabah. Contohnya menggunakan 1 peratus daripada hasil jualan tiket atau sumber lain sebagai peruntukan.
– Banyakkan perlawanan di waktu siang. Ini boleh menjimatkan elektrik atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh mengubah tradisi supaya perlawanan bola juga di adakan di waktu siang khususnya sebelum pukul 12 tengah hari dan di adakan pada hari cuti umum atau hujung minggu.
– Hadkan pemain import tidak melebihi dua orang dalam sesuatu perlawanan dan beri keutamaan kepada pemain tempatan terutama anak jadi Pahang. Pemain yang mewakili daerah mungkin boleh menaikkan minat penyokong untuk datang menonton. Secara tidak lansung jualan tiket akan meningkat.
– Perlu mengkaji kaedah dan pendekatan untuk menarik penonton ke stadium. Ini kerana penyokong pasukan bola sepak taasub kepada pemain pasukan dan beremosi apabila pasukan pilihan kalah menyebabkan mereka serik untuk menonton perlawanan di stadium.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN