EKSPO 2025 Osaka adalah landasan strategik untuk memperkenalkan kekuatan dan keunikan pendidikan tinggi negara kepada dunia. Penyertaan rasmi dalam Pavilion Malaysia yang dikelolakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) digunakan sepenuhnya untuk menonjolkan kualiti akademik, inovasi penyelidikan serta keterbukaan institusi pendidikan tinggi (IPT) Malaysia kepada kerjasama global. Minggu Pendidikan Tinggi yang bertemakan Belajar di Malaysia memberi tumpuan kepada usaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa menyambung pengajian di Malaysia, di…










