SERAMAI 95 pelajar dari SMK Seremban 2 telah menyertai program Race4Earth: Alam Kita Amanah Kita yang dianjurkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta tanggungjawab bersama dalam memastikan kelestarian bumi. Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, peserta didedahkan dengan isu-isu alam…