Bantu wanita luar bandar jana pendapatan sendiri

Bantu wanita luar bandar jana pendapatan sendiri

PEMERKASAAN wanita luar bandar boleh dilakukan menerusi ilmu penjagaan kesihatan ibu serta kemahiran keusahawanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 94 wanita daripada kumpulan B40 sekitar Sabah telah berjaya menamatkan Kursus Penjagaan Sebelum dan Selepas Bersalin, hasil kerjasama antara Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Yayasan Petronas selaku penaja utama.

Sebelum majlis penyerahan sijil berlangsung, satu sesi lawatan tapak ke lokasi perniagaan peserta telah diadakan. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis, bersama Ketua Operasi Petronas Sabah dan Labuan, bagi meninjau sendiri kejayaan peserta program dalam menjana pendapatan selepas menyertai kursus. Lawatan ini memberi peluang kepada pihak penganjur untuk melihat impak nyata program terhadap kehidupan peserta serta potensi pengembangan perniagaan mereka.

Majlis penyerahan sijil tamat kursus merupakan kemuncak kepada usaha memperkasa wanita luar bandar dengan ilmu penjagaan kesihatan ibu serta kemahiran keusahawanan. Kursus ini memberi pendedahan kepada penjagaan sebelum dan selepas bersalin, serta latihan praktikal menjana pendapatan melalui perkhidmatan dan produk berkaitan penjagaan ibu.

Penyerahan starter kit kepada peserta telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan. Hasil daripada program ini, beberapa peserta kini berjaya menjana pendapatan antara RM2,500 hingga RM6,000 sebulan, malah ada yang telah mencapai RM17,000 sebulan, membuktikan potensi besar program dalam meningkatkan taraf hidup wanita B40.

Program ini diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif seumpamanya dalam membina kapasiti wanita luar bandar, selaras dengan komitmen Yayasan Petronas dan UiTM dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan dan latihan berimpak tinggi.

Alhamdulillah, program ini membuktikan bahawa ilmu dan kemahiran yang diberi pada tempatnya mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan, terutama bagi golongan rentan yang dahagakan peluang dan sokongan. – UTUSAN

PROFESOR MADYA WAN
ISMAHANISA ISMAIL
Teknologi Makmal Perubatan
Fakulti Sains Kesihatan
UiTM Pulau Pinang
Kampus Bertam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×