Pantau pencerobohan kawasan hutan

Pantau pencerobohan kawasan hutan

USAHA ini perlu menyasarkan liputan pemantauan berasaskan teknologi terhadap 100 peratus kawasan hutan berisiko tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURUHANJAYA Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) selaku Ketua Peneraju Kumpulan Berfokus Penguatkuasaan telah mengadakan sesi libat urus Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi membincangkan mekanisme kawalan dan pemantauan kawasan hutan menggunakan teknologi satelit secara proaktif.

Sesi di Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melibatkan penyertaan seramai 20 pegawai kanan daripada ketiga-tiga agensi bertujuan memperkukuh kerjasama rentas sektor dalam usaha mempertingkat keberkesanan penguatkuasaan serta pemuliharaan sumber hutan negara. Antara fokus utama perbincangan adalah:

  • Penggunaan data satelit dan penderiaan jauh oleh MYSA dalam mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi terhadap pembalakan haram.
  • Kerjasama teknikal dan sokongan data antara MYSA dan JPSM bagi tujuan pemantauan berterusan.
  • Peranan EAIC dalam memantau aspek integriti dan ketelusan penguatkuasaan undang-undang berkaitan perlindungan hutan.

Sesi ini turut membuka ruang kepada penambahbaikan sistem pemantauan dan penyelarasan lebih strategik antara pihak penguat kuasa, agensi teknikal dan pemegang taruh. Usaha ini menyasarkan liputan pemantauan berasaskan teknologi terhadap 100 peratus kawasan hutan berisiko tinggi.

EAIC komited menjalankan pemantauan, menilai keberkesanan penguatkuasaan dan mencadangkan penambahbaikan demi menjamin kelestarian alam sekitar dan kepentingan awam.

Sebelum ini, mesyuarat Pasukan Petugas Khas CPI Bilangan 1 Tahun 2024 pada 3 Oktober 2024 telah bersetuju dengan penubuhan enam kumpulan berfokus Pasukan Petugas Khas CPI bagi memperbaiki prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033.

EAIC telah diberi tanggungjawab untuk memberi fokus kepada aspek integriti, kecekapan dan ketelusan penguatkuasaan undang-undang di negara ini, termasuk dalam isu-isu berkaitan penguatkuasaan alam sekitar, jenayah hutan, serta tadbir urus rentas agensi. – UTUSAN

SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN