PENDIDIKAN Islam dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering dianggap sebagai dua aliran berbeza. Satu menekankan pembinaan rohani dan ilmu agama manakala satu lagi berfokus kemahiran teknikal dan vokasional. Namun, kedua-dua bidang ini semakin diintegrasikan bagi melahirkan modal insan holistik, bukan sahaja berpengetahuan agama tetapi juga memiliki kemahiran pekerjaan. Usaha kerajaan memperkasakan golongan huffaz (penghafal al-Quran) dengan kemahiran teknikal adalah sebahagian daripada pendekatan ini. Misalnya, kerajaan melancarkan inisiatif…