ISU pencerobohan tanah kerajaan secara haram menjadi isu hangat apabila perkara ini di dedahkan di Raub Pahang.
Terdapat dua undang-undang lain selain Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 ( Akta 56), iaitu Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 (Pindaan 2022) dan Akta Taman Negara 1980 yang dikuatkuasakan berkaitan tanah.
Pun begitu, pencerobohan tanah kerajaan secara haram terus berlaku dan tanpa disedari? Persepsi masyarakat berkaitan hal ini sudah pastilah dihalakan kepada Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri. Namun, persepsi ini tidak tepat.
Ini kerana jika melibatkan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang diwartakan maka, ia di bawah kawalan Pejabat Tanah Daerah. Jika pencerobohan berlaku maka, ia di bawah kawalan Pengarah Hutan Negeri atau Pegawai Hutan Daerah (di bawah Jabatan Perhutanan Negeri).
Jika pencerobohan berlaku dalam kawasan Taman Negara maka, ia di bawah kuasa agensi lain. Kelemahan yang ada ketika ini apabila tindakan bersama antara jabatan kerajaan mungkin kurang kemas dan longgar selain tidak berlaku secara automatik melainkan atas keputusan Pihak Berkuasa Negeri, yang biasanya di rujuk kepada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.
Pastinya ada prosedur operasi standard (SOP) dari segi tatakelola dan kuat kuasa termasuk memantau, meronda secara berkala agar aktiviti yang diragui dapat di kesan di peringkat awal.
Oleh itu, kerajaan dan jabatan berkenan perlu menambah perjawatan, bajet yang mencukupi selain melaksanakan kaedah penyamaran sebagaimana tugas anggota polis dan tentera serta dilengkapi senjata api.-UTUSAN
TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur










