Naikkan had usia bersara sekali lagi?

Naikkan had usia bersara sekali lagi?

CADANGAN menaikan had usia persaraan perlu diteliti lebih terperinci dan mendalam dengan mengambil kira pendapat daripada semua pihak yang berkaitan dengan isu berkenaan.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PIHAK kerajaan boleh mempertimbangkan langkah untuk naikkan had usia bersara untuk sektor-sektor tertentu yang dilihat sebagai kritikal tanpa melibatkan semua jenis pekerjaan.

Apa pun langkah yang ingin diambil diharap cadangan untuk menaikan had usia persaraan diteliti dengan lebih terperinci dan mendalam termasuk mengambil kira pendapat daripada semua pihak berkaitan dengan isu berkenaan.

Perlu diketahui juga, rata-rata pekerja khususnya pekerja kelas bawahan memang ingin bersara awal kerana tidak tahan lagi untuk melayan kerenah pihak majikan dan atasan yang kurang profesional, selain tidak tahan memenuhi segala sasaran kerja tahunan atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang tidak realistik. Dalam masa sama, mereka tidak tahan lagi dengan jumlah gaji dan elaun bulanan yang kecil dan tidak sesuai dengan peningkatan kos sara hidup pada masa kini disamping masalah kesihatan akibat daripada peningkatan usia.

Oleh itu, kajian teliti perlu dilakukan dengan mengambil kira pendapat semua pihak khususnya dalam kalangan pihak pekerja bawahan dan bukan hanya pandangan daripada pihak atasan yang ingin berada di puncak kuasa dan bekerja buat selama-lamanya.

Isu had usia bersara merupakan isu yang amat sensitif. Pihak kerajaan perlu mengambil iktibar daripada apa yang sedang berlaku di Perancis. Negara itu menaikan had usia bersara pekerja mereka dari 62 tahun kepada 64 tahun.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Perancis secara terburu-buru ini akhirnya akan menyebabkan ramai rakyat mereka bangkit merusuh di jalan raya.-UTUSAN

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN