Bebaskan pelajar, ibu bapa tekanan dan obses dapat A

Bebaskan pelajar, ibu bapa tekanan dan obses dapat A

Sejumlah 41,434 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 bakal mengetahui keputusan masing-masing pada Selasa depan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZAMAN kini sudah pun sudah berubah. Terdapat banyak aspek kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh para pelajar kita selain daripada aspek teori dan akademik semata–mata seperti kemahiran untuk berfikir aras tinggi, kemahiran untuk berkomunikasi dengan berani dan penuh keyakinan, kemahiran untuk menggunakan pelbagai jenis aplikasi teknologi moden dan lain-lain lagi.

Sesuai dengan perkembangan zaman ini, proses penilaian pelajar juga harus turut berubah supaya kita benar-benar dapat menilai tahap prestasi pelajar kita meliputi segala aspek termasuk aspek kemahiran dalam kehidupan bukan hanya menilai mereka dari aspek teori, akademik dan jumlah A yang berjaya diperoleh semata-mata.

Ini penting supaya kita tidak melahirkan pelajar yang ketagih atau obses untuk dapatkan A sepanjang masa dalam negara kita lagi. Tidak ada lagi proses perbandingan dilakukan di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain melalui keputusan peperiksaan atau jumlah A yang mereka peroleh. Para pelajar yang tidak menunjukan prestasi yang baik dari sudut akademik ini juga tidak akan tertekan dan merasakan diri mereka tidak berjaya dalam kehidupan.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah minda mereka juga, kejayaan mendapat A dalam peperiksaan tidak bermakna seseorang itu akan berjaya dalam kehidupan.

Mereka yang gagal mendapat sebarang A pun boleh berjaya dalam kehidupan. Terdapat banyak individu-individu yang berjaya di dalam dunia ini termasuk dalam Malaysia yang berjaya dalam hidup mereka walaupun mereka tidak berjaya mendapat sebarang A dalam proses peperiksaan mereka ketika zaman sekolah dulu. Ini menunjukkan kepada kita untuk tidak menilai prestasi seseorang individu itu hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN