Wanita Cabang Permatang Pauh perlukan naratif baharu

Wanita Cabang Permatang Pauh perlukan naratif baharu

NUR Aishah Zainol (kiri) menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita Cabang Permatang Pauh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJELANG proses pemilihan parti peringkat cabang PKR yang bermula bulan ini mendorong saya mengulas peluang Nur Aishah Zainol. Dia tampil menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita Cabang Permatang Pauh.

Dalam konteks pembinaan kapasiti wanita berpolitik dan pemberdayaan wanita pada hari ini sebenarnya memerlukan seseorang individu yang memiliki semangat tinggi, berdaya juang serta bersikap agresif untuk bergerak laju ke hadapan, bukannya menunggu perubahan tetapi bersedia menjadi agen perubahan.

Maka, salah satu kriteria yang menjadi harapan kepimpinan wanita masa hadapan adalah supaya ada hala tuju dan agenda perjuangannya yang jelas serta bagaimanakah hendak merealisasikanya.

Mengulas tentang kedudukan dan peluang Nur Aishah dalam pemilihan ini, dipercayai amat cerah kerana difahamkan tiada wanita lain yang boleh memberikan tentangan terhadap kedudukannya.

Selain itu pembentukan keperibadian Nur Aishah yang komited menjalankan amanah serta didorong keazaman dan kesungguhan tinggi dalam menyelesaikan isu tempatan diyakini akan menjadi pilihan utama berbanding pesaingnya yang merupakan wanita veteran (otai).

Pada pengamatan saya, Nur Aishah menang dari sudut moralnya memandangkan peranan serta sumbangannya terhadap kepentingan parti serta tidak meminggirkan soal keperluan masyarakat dan komuniti terutamanya di Permatang Pauh tidak boleh dipertikaikan lagi.

Justeru, Wanita yang menjadi sayap kepada PKR tentunya memerlukan seseorang individu yang boleh membina kembali semangat baharu dan berpadu tenaga untuk bangkit khususnya di Permatang Pauh.-UTUSAN

PEMERHATI BEBAS POLITIK
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN