PENGANGKUTAN awam di Malaysia sering dikritik kerana kurangnya integrasi dengan infrastruktur lebuh raya. Hal ini menyebabkan ketergantungan tinggi terhadap kenderaan persendirian, seterusnya meningkatkan kesesakan lalu lintas. Menurut Laporan Tahunan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2023, lebih 70 peratus rakyat Malaysia masih bergantung pada kenderaan persendirian untuk perjalanan harian. Sistem pengangkutan awam seperti stesen Transit Aliran Ringan (LRT) , Transit Aliran Massa (MRT) dan bas sering tidak bersambung dengan baik ke…