Tiada pakatan sulit BN dengan Warisan

Tiada pakatan sulit BN dengan Warisan

AHMAD Zahid Hamidi hadir ke program mesra bersama media di Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan wujud pakatan sulit antara gabungannya dengan Parti Warisan (Warisan) yang dinamakan ‘Langkah Kinabalu 2.0’.

Tegasnya, beliau tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Mohd. Apdal mengenai perkara itu bagi menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini.

“Tidak ada secret pact (Pakatan sulit). Saya tidak pernah adakan perbincangan dengan Shafie mengenai perkara itu.

“Kalau ada, kita pun tak akan bertanding di kerusi yang Warisan tandingi dan sebaliknya,” katanya pada majlis sesi libat urus bersama media di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan perlunya rundingan antara parti-parti selepas keputusan rasmi PRN Sabah diumumkan pada 29 November nanti.

“Kita tak tolak kemungkinan untuk adakan rundingan dan bentuk kerajaan selepas keputusan diumumkan. Ini kerana tidak ada satu parti atau gabungan yang boleh bentuk kerajaan sendirian,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, bahawa wujud BN dan Pakatan Harapan (PH) kesefahaman berhubung pertembungan kerusi ditandingi iaitu jentera bergerak secara berasingan untuk mempromosikan calon-calon asalkan tidak menyentuh perkara yang melibatkan sensitiviti parti.

“Kami tiada masalah dengan itu (pertembungan) dan understanding (kesefahaman) itulah yang kami maksudkan yang telah kami sepakati di peringkat perpaduan peringkat Pusat,” katanya.

BN dan PN berhadapan pertembungan dua kerusi iaitu Karamunting dan Kemabong. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN