Menelusuri sejarah kepolisan di Muzium Polis Diraja Malaysia

Menelusuri sejarah kepolisan di Muzium Polis Diraja Malaysia

MUZIUM Polis Diraja Malaysia menyediakan persekitaran untuk tujuan pendidikan, pembelajaran dan hiburan sesuai tafsiran Majlis Muzium Antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 25 Mac lalu merupakan hari peringatan polis yang ke-218. Pelbagai acara disusun dan dilaksanakan bagi membuktikan komitmen ‘Khidmat Mesra’ yang diperkenalkan. Tujuannya ialah untuk mendekatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat.

Impaknya akan membawa kepada penyertaan lebih ramai dalam kalangan pelbagai bangsa menyertai pasukan keselamatan negara.

Pada pemerhatian saya sebagai seorang pendidik, sejarah kepolisan di Malaysia boleh digarap melalui Muzium Polis Diraja Malaysia dan Galeri Darurat Bukit Kepong.

Muzium Polis Diraja Malaysia adalah institusi yang mempamerkan sejarah kepolisan bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka. Galeri Darurat Bukit Kepong pula dibina khusus untuk mempamerkan maklumat berkaitan peristiwa darurat sepanjang tahun 1948 hingga 1960 dan insurgensi komunis bermula 1968-1989.

Bahan dan konsep pameran yang diperkenalkan adalah bersifat akademik bagi memudahkan pelawat mendapatkan maklumat berkaitan dengan peristiwa darurat. Ini sebagai usaha menghargai sumbangan pasukan polis berjuang menentang keganasan komunis.

Artifak dan bahan pameran dalam bentuk interaktif memberikan pengalaman berharga dalam mendekati sejarah kepolisan di Malaysia.

Pada pandangan saya, Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) khususnya Jabatan Muzium Malaysia (JMM) perlu diperkasakan.

Minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah boleh dipugar melalui pengalaman bermakna di institusi muzium. Dalam usaha merealisasikan kemenjadian pelajar, institusi muzium boleh dijadikan elemen sokongan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang berkesan.

Sudah pasti akhirnya institusi muzium mampu menyediakan keadaan persekitarannya untuk tujuan pendidikan, pembelajaran dan hiburan sesuai dengan tafsiran yang diberikan Majlis Muzium Antarabangsa.

Nilai syukur dan berterima kasih kepada PDRM yang menjadi benteng keselamatan negara seharusnya dikenang dan diberikan pengiktirafan. Sejarah dan profesionalisme PDRM seharusnya dihargai sebagaimana slogan ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MOHAMED ALI HANIFFA
Pengerusi Program Sarjana Muda Sejarah Gunaan Dengan Kepujian,
Jabatan Tamadun dan Falsafah,
Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah,
Universiti Utara Malaysia, (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya