RAMAI terlepas pandang situasi semasa yang berlaku di Ukraine, sedangkan ketika ini negara itu memerlukan sokongan terus daripada semua pihak termasuk negara-negara berkecuali setelah kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Donald Trump mengkucar-kacir Ukraine dengan menarik semula pelbagai bantuan termasuk ketenteraan, aset tempur selain mengusir rakyat Ukraine secara beramai-ramai.
Dalam masa sama Trump pula menjalinkan hubungan dengan Rusia.
Manakala wilayah Crimea sehingga sekarang masih di bawah kekuasaan Rusia sejak Mac 2014. Ukraine bersama masyarakat Crimea Tatar beragama Islam masih berusaha membebaskan Ukraine dan wilayah Crimea daripada cengkaman Rusia dan bonekanya, malah tanah Crimea adalah hak milik sepenuhnya pemerintah yang sah iaitu pemimpin Crimea bukannya Rusia.
Ukraine dan wilayah Crimea ibarat manusia dan seperti manusia, kedua-dua pun mempunyai takdir. Begitu juga manusia yang sakit ia harus mengeluarkan penyakitnya. Maka, masyarakat dunia harus bangun bangkit bersatu menentang kekejaman Rusia yang selama ini mencabuli kedaulatan negara lain.
Janganlah kita mendiamkan diri atau hanya duduk sebagai penonton tanpa berbuat apa-apa, selain tidak meminggirkan suara Ukraine dan Crimea yang masih mengharapkan bantuan.
Lakukan dengan pelbagai cara agar semangat ini sampai kepada rakyat Ukraine. Ia juga boleh dilakukan dengan menyumbang tenaga, kewangan, sebaran informasi sahih selain angkat senjata atau bekalkan barang keperluan.
John F. Kennedy berkata ‘Tanyalah diri apa sumbangan anda kepada negara’ tepuk tanya reflek diri sama ada mampu galas atau sebaliknya. Pilihan di tangan kita agar sama-sama membantu dan bersatu menentang kekejaman Rusia, membebaskan Ukraine dan wilayah Crimea yang dicengkam bertahun-tahun lamanya.
Jangan kita dwistandard solidariti perjuangan, ketepikan soal agama dan perbezaan kerana ini masa sesuai agar bantu Ukraine.-UTUSAN
AKTIVIS UKRAINE
Kuala Lumpur