Aidiliftri sepatutnya menyatukan semua kaum

Aidiliftri sepatutnya menyatukan semua kaum

AIDILFITRI seharusnya menjadi platform terbaik untuk memulakan semula hubungan baik antara pelbagai kaum.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALAYSIA sudah merdeka selama lebih enam dekad, namun jurang antara kaum masih wujud. Dalam kalangan orang Melayu, pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India sewaktu kemerdekaan sering dianggap sebagai bentuk pengorbanan besar.

Maka wujud anggapan kedudukan istimewa Melayu adalah satu bentuk pampasan yang wajar dipertahankan. Naratif ini lama tertanam dan menjadi sebahagian daripada sentimen politik serta sosial masyarakat.

Dalam masa sama, masyarakat bukan bumiputera pula sering menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dasar-dasar afirmatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan keistimewaan dalam sektor pendidikan, pekerjaan dan perniagaan.

Sistem pendidikan negara juga tidak banyak membantu. Sekolah kebangsaan, sekolah vernakular dan sekolah agama berjalan pada laluan tersendiri, menjadikan pelajar tidak banyak ruang untuk mengenali dan memahami budaya kaum lain. Apabila kanak-kanak membesar dalam gelembung etnik yang berbeza, mereka kurang empati terhadap satu sama lain. Apabila dewasa, jurang itu semakin membesar dan prasangka menjadi lebih sukar dikikis.

Aidilfitri seharusnya menjadi platform terbaik untuk memulakan semula usaha ini. Nilai murni seperti saling memaafkan, memberi dan menyantuni perlu diperluas melepasi sempadan etnik. Inilah erti sebenar ‘kemenangan’ dalam bulan Syawal.-UTUSAN

AZIZUL AZUDIN AZIZUL RAHMAN
Alam Impian, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN