SEIRING dengan kemajuan negara serta perkembangan pesat teknologi maklumat, termasuk era kecerdasan buatan (AI), pemikiran orang Melayu juga semakin terbuka. Namun, semakin ramai anak muda mula mempertikaikan kedudukan istimewa orang Melayu dan keutamaan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Keterbukaan minda sering dikaitkan dengan kebijaksanaan dan kemajuan. Namun, apabila ia digunakan tanpa asas yang kukuh, ia boleh membawa kepada keputusan yang salah dan akibat yang tidak diingini. Bahayanya…










