DI Temerloh, Pahang ketika ini terdapat tiga kawasan industri berkaitan kayu. Oleh kerana Pahang akan mempunyai kemudahan pengangkutan kereta api laju, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal beroperasi pada 2027, maka negeri ini akan memiliki sistem pengangkutan awam yang moden dan maju boleh menghubungkan dua pelabuhan penting iaitu Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang. Sudah pasti pengangkutan kargo atau barangan akan bertambah mudah dan pantas untuk menghubungkan kedua-dua pelabuhan…










