Ulasan makanan membantu atau merosakkan perniagaan?

Ulasan makanan membantu atau merosakkan perniagaan?

makanan
ULASAN makanan, sama ada positif atau negatif, adalah sebahagian daripada evolusi industri makanan dalam era digital kini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KRITIKAN pengulas-pengulas makanan sama ada yang profesional mahupun pengguna mengundang kebimbangan kepada pengusaha restoran.

Ulasan negatif mampu tersebar dengan pantas dan mungkin memberi impak kepada perniagaan, malah boleh menjejaskan keyakinan pelanggan sedia ada dan yang berpotensi.

Walau bagaimanapun, maklum balas ini merupakan peluang yang baik untuk mengenal pasti kelemahan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa.

Pemilik restoran yang bijak akan menggunakan kritikan ini sebagai panduan untuk penambahbaikan, bukannya mengambil sikap defensif.

Input dari ulasan ini boleh dijadikan sebagai maklum balas percuma tentang kualiti perkhidmatan, menambah baik menu, sistem operasi serta panduan untuk latihan kakitangan.

Dari perspektif pengguna, ulasan yang jujur amat dihargai berbanding ulasan yang hanya menonjolkan kebaikan tetapi tidak menggambarkan realiti sebenar.

Persoalan sama ada ulasan negatif membunuh perniagaan atau produk yang kurang bermutu yang menjejaskan perniagaan perlu dilihat secara objektif. Hakikatnya, perniagaan yang mampu bertahan adalah yang sentiasa berusaha menambah baik kualiti produk, mutu perkhidmatan dan mengekalkan standard yang tinggi.
Pengusaha restoran perlu mempunyai kesediaan untuk terus belajar dan berkembang seiring dengan jangkaan pelanggan yang pelbagai.

Justeru, diharapkan pengkritik dan pengulas makanan hendaklah sentiasa jujur serta profesional dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna media sosial.

Pemilik restoran juga perlu sentiasa terbuka menerima maklum balas dan meningkatkan kualiti makanan.

Bagi pengguna media sosial, mereka perlu bijak menilai setiap kandungan yang ditonton dan mampu menilai sendiri kredibiliti sesuatu ulasan.

Ulasan makanan, sama ada positif atau negatif adalah sebahagian daripada evolusi industri makanan dalam era digital kini.

Semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam memastikan industri makanan terus berkembang maju dengan kualiti yang terbaik pada masa hadapan.-UTUSAN

AKMAL ADANAN
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel
dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Cawangan Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN