MEDIA melaporkan kegiatan sindiket pelaburan koperasi yang memperdayakan ramai pelabur sehingga jutaan ringgit perlu dibanteras sehingga ke akar umbi. Hal ini memerlukan sinergi semua pihak badan berkuasa menyiasat dan mendakwa sekiranya timbul isu jenayah komersial melibatkan penggubalan wang haram atau memperdayakan mangsa dengan skim pelaburan yang tidak wujud. Sebarang bentuk pelaburan yang dijalankan oleh koperasi perlu diaudit. Jika terdapat unsur penyelewengan serta pemalsuan dokumen maka pihak berkuasa sewajarnya menyita semua…










