PADA 1 Januari 2025, Malaysia memulakan peranan penting sebagai Pengerusi ASEAN yang baharu. Peluang ini hadir pada saat ekonomi ASEAN sedang melonjak, dengan pertumbuhan KDNK mencecah 4.7 peratus pada 2024, menjadikan rantau ini ekonomi kelima terbesar di dunia. Dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, Malaysia bersedia mengorak langkah besar untuk memperkukuh kedudukan ekonomi serantau dan global. Sebagai peneraju ASEAN, Malaysia mengutamakan tiga strategi utama iaitu memperluaskan hubungan perdagangan dan pelaburan, memacu…