Bimbang kes dadah semakin meningkat

Bimbang kes dadah semakin meningkat

DADAH yang menjadi pilihan ialah jenis syabu dan ekstasi dengan jumlah peningkatan sebanyak 34.4 peratus atau 103,990 kes berbanding tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENYATAAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai trend penyalahgunaan dadah di negara ini yang merekodkan peningkatan ketara harus diberi perhatian oleh semua pihak.

Menurut menteri tersebut, seramai 192,857 orang direkodkan terlibat dalam trend itu tahun lalu sekali gus meletakkan kegiatan tersebut dalam keadaan membimbangkan.

Katanya, peningkatan itu dilihat melalui perbandingan kes pada 2023 iaitu seramai 145,526 orang terlibat penyalahgunaan dadah dan pada 2022 pula seramai 137,176 orang yang terlibat.

Saifuddin berkata, lebih merisaukan apabila julat umur individu antara 15 hingga 39 tahun paling tinggi terlibat dengan kes berkenaan hasil kumpulan data yang oleh empat pihak iaitu polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan dan pusat pemulihan swasta.

Menteri itu menyatakan demikian dalam sidang akhbar sempena Program AADK Bersama Masyarakat di Padang Serai, Kulim, Kedah baru-baru ini.

Menurut beliau, dadah yang menjadi pilihan ialah jenis syabu dan ekstasi dengan jumlah peningkatan sebanyak 34.4 peratus atau 103,990 kes berbanding tahun lepas.

Begitu juga dengan ketagihan dadah konvensional turut membimbangkan iaitu ganja yang meningkat 7,121 kes atau 63.4 peratus berbanding tahun lalu.

Melalui pendedahan yang dibuat oleh menteri terbabit seharusnya diberi perhatian serius oleh orang ramai terutama penduduk di empat negeri berhampiran sempadan.

Lebih-lebih lagi apabila dilihat kebanyakan mereka yang terlibat itu berumur antara 15 hingga 39 tahun yang merupakan peringkat umur harapan negara pada masa akan datang.-UTUSAN

RAMLI ISMAIL
Kangar, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN