Syarat dapat kebenaran pemilik premis tidak masuk akal

Syarat dapat kebenaran pemilik premis tidak masuk akal

SYARAT supaya mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis sebelum sesuatu perhimpunan diadakan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman adalah tidak masuk akal.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYARAT supaya mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis sebelum sesuatu perhimpunan diadakan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman adalah tidak masuk akal dan perlu dipinda atas sebab-sebab yang nyata.

Sebagai contoh anda ingin mengadakan perhimpunan awam di luar bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP), jadi anda perlu meminta kebenaran KWSP, sudah pasti mereka akan menolaknya.

Maka selepas ini bagaimana? Justeru. Penganjur sudahpun dapat menduga sama ada sesuatu permohonan itu akan diberi kebenaran atau tidak.

Keadaan ini tidak berbeza sangat degan Akta Polis sebelum ini yang memerlukan penganjur minta kebenaran polis.

Begitu juga undang-undang menghendaki polis bertanya kepada pemilik sekitar dan hampir majoriti akan mengatakan mereka tidak menyokong perhimpunan itu kerana ia mengganggu perniagaan mereka. Jadi polis kena guna kuasa budi bicara.

Maka pada pandangan saya, syarat meminta kebenaran ini bertentangan dengan hak Perlembagaan di bawah artikel 10 hak untuk berhimpun secara aman.

Jadi jika kita ingin mengadakan perhimpunan di luar kedutaan AS, adakah anda meminta kebenaran Kedutaan Amerika Syarikat?

Memandangkan kita sudah memaklumkan kepada pihak polis, jadi pihak polis perlu membuat persiapan yang diperlukan untuk memudahkan perhimpunan itu dan bukan untuk menghalangnya.

Itulah semangat undang-undang perhimpunan aman yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 2012 selepas penentangan besar-besaran terhadap tindakan polis sebelum itu.

Nasihat saya kepada penganjur Perhimpunan Awam adalah untuk memaklumkan kepada polis tetapi ingat hak untuk berhimpun anda dilindungi oleh perlembagaan.

Jadi, jika pihak polis tidak berpuas hati, mereka boleh mendakwa penganjur selepas acara dan tidak menghalang mereka untuk berhimpun berdasarkan keperluan teknikal ini untuk meminta kebenaran dari tempat yang anda ingin mengadakan perhimpunan.

Adakah Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH) meminta kebenaran daripada polis atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Akta Polis ketika perhimpunan besar-besaran reformasi dianjurkan?

Sudah tentu tidak, kerana memperjuangkan hak dan kebebasan berhimpun adalah hak asasi manusia.-UTUSAN

S.ARUTCHELVAN
Timbalan Pengerusi PSM
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN