TULAR baru-baru ini rakaman video sekumpulan pelajar yang baharu tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunggang motosikal dengan melulu. Mereka membuat bising di lampu isyarat dengan deruan ekzos motosikal yang diubah suai. Alasannya, sekadar berseronok dan ingin menggambarkan mereka sudah ‘merdeka’ dari sekolah. Kejadian seumpama ini bukanlah kali pertama terjadi kerana ia seakan telah menjadi satu budaya yang kian membarah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hakikat membuktikan bahawa anak-anak…