Saya kecewa apabila membaca artikel mengenai segelintir peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang merasakan diri mereka begitu ‘istimewa’ sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman. Tambah menyakitkan hati apabila terdapat individu yang sengaja mempolitikkan isu ini dengan menuduh PTPTN sebagai tidak prihatin dan mengugut peminjam kerana menghantar notis. Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah mencerminkan sikap pentingkan diri tanpa memikirkan kesan kepada sistem pendidikan tinggi negara.…