Tingkat taraf hidup usahawan asnaf

Tingkat taraf hidup usahawan asnaf

SERAMAI 134 usahawan asnaf dilatih dengan 49 peniaga lagi berjaya merekodkan nilai hasil jualan masing-masing sebanyak RM4.53 juta dan RM1.6 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM Tunas Perintis Usahawan bertujuan meningkatkan taraf hidup usahawan asnaf melalui aktiviti keusahawanan yang inovatif serta membina daya tahan dan jati diri usahawan dalam golongan itu agar lebih berdaya saing dalam menguruskan perniagaan selain mengubah paradigma daripada penerima zakat kepada pembayar zakat.

Oleh itu, geran perniagaan berjumlah RM435,000 bakal memberikan manfaat kepada 29 usahawan asnaf yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Program Tunas Perintis Usahawan.

Bagi para peserta yang berjaya membentangkan Rancangan Perniagaan, mereka layak menerima bantuan Geran Permulaan Perniagaan maksimum sehingga RM15,000 setiap peserta.

Semua peserta seterusnya diwajibkan untuk melapor status secara berkala bagi memastikan prestasi perniagaan sentiasa dipantau dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Program ini merupakan kerjasama strategik di antara SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan MAIM.

Program berbentuk latihan yang direka khas untuk memenuhi keperluan peserta asnaf ini diinspirasikan daripada Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), program sedia ada di bawah SME Corp.

Malaysia berjaya melahirkan ramai usahawan belia. Sehingga kini, Program TUBE telah melatih 8,543 belia melibatkan geran perniagaan berjumlah RM125.84 juta.

Program Tunas Perintis Usahawan MAIM ini juga merupakan kesinambungan kepada inisiatif yang telah dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Program Tunas Usahawan Baitulmal (TUB) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi pelaksanaan Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP).

Program TUB dan TUZPP ini telah melatih seramai 134 usahawan asnaf dengan 49 orang daripadanya berjaya merekodkan nilai hasil jualan masing-masing sebanyak RM4.53 juta dan RM1.6 juta.-UTUSAN

SURAINI MOHAMAD SULAIMAN
Komunikasi Korporat SME Corp

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN