TAHNIAH kepada semua siswazah kerana berpeluang untuk melanjutkan pengajian dan akhirnya berjaya menggenggam kejayaan. Anda adalah kelompok pelajar bertuah kerana dipilih dan dibimbing oleh sekumpulan tenaga kerja yang memiliki pelbagai kelayakan, berpengalaman serta berkemahiran dalam menjana modal insan dinamik, inovatif dan holistik. Kemudahan akademik, fasiliti dan kebajikan pelajar yang disediakan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah satu pemangkin kejayaan. Setiap institusi pengajian tinggi (IPT) turut mengambil inisiatif untuk menawarkan program…










