Wanita selamat selepas kereta dihempap struktur besi

Wanita selamat selepas kereta dihempap struktur besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya dihempap struktur besi di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Batu Caves, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.47 petang.

“Komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan menghempap sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati mangsa sudah berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan pemandu dalam insiden terbabit terselamat.

Terdahulu tular di media sosial beberapa klip video dan gambar memaparkan insiden berkenaan di mana sebuah kereta dilihat dihempap struktur besi yang dipercayai roboh.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN