KETAHANAN emosi adalah keupayaan untuk bangkit semula setelah menghadapi cabaran kehidupan. Dalam konteks belia, ia menjadi lebih penting berikutan tekanan sosial, cabaran digital dan peralihan norma yang pantas di dunia hari ini. Istilah seperti ‘hati tisu’ dan ‘mudah koyak’ sering digunakan untuk menggambarkan generasi muda, tetapi adakah itu adil? Sebaliknya, kita harus memahami generasi ini berhadapan cabaran yang memerlukan daya tahan emosi lebih kukuh. Ketahanan emosi bukan sahaja berkisar kepada…