UMUM mengetahui kes rayuan isu adendum perayu Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan sehingga awal Januari 2025 disebabkan wujudnya bukti baharu menerusi afidavit yang diikrarkan oleh anak beliau, Datuk Mohamad Nizar Najib bertarikh 2 Disember 2024. Dokumen afidavit berkenaan adalah suatu lampiran tambahan terkini menerusi rekod rayuan bagi tujuan meyakin serta menguatkan kes pihak perayu. Dokumen afidavit serta lampirannya menjadi rujukan umum yang dihebahkan menerusi media sosial. Maka, sekali lagi…