SETAHUN yang lalu, kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing dengan alasan kuota yang diluluskan di bawah program rekaliberasi mampu menampung keperluan tenaga pekerja yang ada. Pada masa yang sama, kelulusan yang diberikan kepada majikan ditarik balik, menyebabkan mereka terbelenggu dengan masalah kekurangan pekerja. Terkini, kerajaan bersetuju agar permohonan kuota pekerja asing dibuka secara kes demi kes berdasarkan keperluan mendesak dan munasabah mengikut ketetapan yang ditentukan agensi kawal selia (AKS) sektor berkaitan.…