ANGKATAN Muda Harapan (AMH) menyokong penuh titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang memandang serius insiden buli di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). AMH mendukung titah Baginda bahawa budaya buli tidak hanya menjejaskan kesejahteraan pelajar tetapi juga mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi dan integriti negara. AMH menyeru pihak kerajaan untuk melaksanakan pendekatan menyeluruh dan tegas dalam menangani…