Lindungi kanak-kanak, belanasib mereka

Lindungi kanak-kanak, bela nasib mereka

BILANGAN kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan meningkat secara drastik pada 2023 kepada 8,041 orang berbanding 6,770 orang pada tahun sebelumnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak adalah inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bertujuan untuk menangani dan mencegah kes penderaan serta pengabaian golongan itu, termasuk kes-kes yang membawa kepada kematian.

Program ini melibatkan ceramah dan pameran agensi yang memberi pendedahan serta maklumat penting kepada masyarakat dan kanak- kanak, khususnya mengenai langkah-langkah yang perlu diambil jika terdedah kepada penderaan.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan meningkat secara drastik pada 2023 kepada 8,041 orang berbanding 6,770 orang pada 2022 dan 6,144 orang (2021).

Program advokasi akan dilaksanakan di 300 buah sekolah di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini dan dijangka memanfaatkan 150,000 kanak-kanak. Sehingga 25 Oktober lalu, sebanyak 288 buah sekolah telah melaksanakan program advokasi ini serta memberi manfaat kepada 140, 421 kanak-kanak.

Melalui program advokasi ini, KPWKM turut menyeru orang ramai untuk memanfaatkan Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam setiap hari tanpa henti untuk sebarang kes penderaan atau pengabaian yang melibatkan anggota masyarakat khususnya kanak-kanak. Masyarakat juga boleh membuat aduan menerusi Whatsapp 019-2615999.

KPWKM melalui JKM terus komited dalam usaha menangani isu penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak merupakan aset penting yang bakal mencorak masa hadapan negara.-UTUSAN

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN