MAJLIS Belia Malaysia (MBM) mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera rejim Israel yang mengakibatkan kecederaan enam tentera Battalion Malaysia (MALBATT) di Sidon, Selatan Lubnan.
Tentera MALBATT 850-12 merupakan sebahagian daripada pasukan pengaman bagi menggantikan kontinjen MALBATT 850-11.
MBM menggesa kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak tegas ke atas Israel yang berterusan melakukan serangan yang mensasarkan kedudukan tentera pengaman PBB di Lubnan.
MBM menyatakan sokongan penuh terkait cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengemukakan usul untuk menyingkirkan Israel sebagai anggota PBB.
Jenayah perang yang dilakukan Israel di Timur Tengah dianggap melampaui batas kemanusiaan dengan melanggar banyak protokol keamanan dan lunas hukum global.
MBM berdiri teguh bersama perdana menteri dalam isu membabitkan konflik keganasan terutama melibatkan kebiadapan Israel ke atas penduduk Lubnan dan Palestin.
MBM menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu hati demi perjuangan menentang kezaliman Israel dan mendoakan keselamatan anggota tentera Malaysia yang terlibat dalam misi pengaman di rantau Timur Tengah.-UTUSAN
MOHD IZZAT AFIFI ABDUL HAMID
Presiden
Majlis Belia Malaysia









