INSTITUT Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) merasa kesal terhadap kenyataan terbuka oleh seorang ahli akademik tanpa menjaga batas kehormatan terhadap institusi pentadbiran agama berikutan pertikaian berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini. IKIM ingin menegaskan kepentingan menghormati institusi pentadbiran agama dan proses perundangan yang sedang berjalan. Saranan ahli akademik tersebut yang hanya berdasarkan perbezaan pandangan adalah tindakan yang terburu-buru dan boleh menjejaskan kredibiliti institusi pentadbiran agama serta melangkau adab…