Gunakan baucar buku IPT melalui MySiswaPlace

Gunakan baucar buku IPT melalui MySiswaPlace

INISIATIF ini diharap dapat membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus dapat memugar budaya membaca dalam kalangan pelajar IPT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INISIATIF baucar buku bernilai RM100 diteruskan kepada para pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) sebagaimana telah dilaksanakan pada Jun lalu.

Pelaksanaan fasa kedua ini dijadual bermula pada 30 Oktober hingga 31 Disember 2024 yang akan memanfaatkan lebih 1 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.

MEKANISME PELAKSANAAN
Bagi fasa kedua, penyaluran baucar akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.

Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my.

Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal MySISWAPLACE sahaja; dengan setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.

PEMILIHAN MYSISWAPLACE
Pemilihan portal MySISWAPLACE di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa (YPS) yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah untuk memudahkan urusan para pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif ini.

MySISWAPLACE membantu pelajar dengan menyediakan akses mudah dan cepat kepada bahan bacaan melalui pelantar atas talian yang dilengkapi dengan sistem yang telus bagi memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan.

KPT berharap inisiatif ini dapat membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus dapat memugar budaya membaca dalam kalangan pelajar IPT serta bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan. – UTUSAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN