DI era informasi yang sarat dan padat ini, dunia menyimpan banyak misteri. Salah satunya adalah fenomena ajaran sesat yang muncul bak cendawan selepas hujan. Ajaran-ajaran ini kerap menyasar orang ramai dengan janji manis yang menyesatkan.
Di balik panduan doktrin dan retorika memikat, terdapat bahaya besar yang mengintai, iaitu taasub. Ia menjadi salah satu bentuk kepatuhan semborono yang dapat menghancurkan individu mahupun komuniti tertentu.
Perselisihan ini bermula sejak detik pertama selepas kewafatan Rasulullah, ketika menentukan pengganti pemimpin utama umat Islam.
Hak keluarga Nabi untuk memegang jawatan khalifah sentiasa menjadi masalah perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam. Perselisihan ini bermula dengan mudah pada awalnya tetapi bertambah rumit dengan peredaran masa.
Ketua Bahagian Aqidah dan Hadis, Universiti Islam Selangor (UIS), Dr. Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah berkata, selepas kewafatan Nabi SAW, timbullah penyelewengan. Berlakunya pergolakan politik, hingga yang paling kritikal ialah apabila timbulnya khawarij dan syiah setelah wafatnya baginda Nabi SAW.
Bermulanya ajaran-ajaran sesat, menyeleweng atau ancaman akidah di zaman itu. Khawarij antara kumpulan yang cuba untuk menimbulkan fitnah besar sehinggakan mereka juga menyebut dengan Kalamullah. Ajaran sesat ini juga adalah cerita daripada firman Allah. Quran yang sama tetapi penafsiran berbeza iaitu penafsiran yang lebih rigid dan keras.
Selepas itu menurutnya, banyak lagi timbulnya isu, kumpulan-kumpulan muktazilah, murjiah, qadariah, jabariah. Barangkali nama-nama ini tidak wujud lagi tetapi fikrahnya, pemikirannya masih ada dan menyerap dalam kumpulan-kumpulan ajaran sesat.
Antara persoalan yang perlu kita semua ketahui, apakah indikator untuk pastikan kumpulan-kumpulan atau figura-figura yang diikuti tidak terseleweng daripada akidah yang sebenarnya?-UTUSAN
ATRIZA UMAR
Pegawai Kanan
Jabatan pendidikan Masyarakat
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)










